28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

KKM bekal 3,000 ubat antiviral persediaan rawat jemaah haji

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) bakal membekalkan sekurang-kurangnya 3,000 ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan merawat jemaah haji yang dijangkiti semasa berada di tanah suci.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ubat antiviral berkenaan akan diberikan kepada jemaah haji yang positif Covid-19 dengan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Menurutnya, petugas perubatan KKM akan menilai kesesuaian pesakit sebelum boleh dimulakan dengan rawatan ubat Paxlovid.

“Selain rawatan ubat Paxlovid, langkah pencegahan dan kawalan infeksi akan dipertingkatkan bagi mengawal penularan Covid-19 dan penyakit berjangkit yang lain.

“Kerajaan sudah meluluskan RM5 juta bagi pembiayaan perbelanjaan perkhidmatan kesihatan jemaah haji Malaysia tahun ini.

“Pembiayaan itu merangkumi perolehan ubat dan alat perubatan serta tambang penerbangan dan elaun petugas perubatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ujar Khairy lagi, KKM juga menyarankan bakal jemaah haji terutamanya berusia 60 tahun ke atas dan individu dewasa berusia 18 hingga 59 tahun yang mempunyai risiko klinikal penyakit teruk untuk mendapatkan dos penggalak kedua sebelum berangkat.

Advertisements

Menurutnya, langkah berkenaan bagi memberikan perlindungan optimum daripada jangkitan Covid-19 yang teruk sehingga menyebabkan kematian.

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan seramai255 petugas perubatan akan dihantar ke Arab Saudi bagi membantu Tabung Haji (TH) melancarkan perjalanan ibadah haji tahun ini.

Menurut beliau, jumlah berkenaan merangkumi 128 petugas berpengalaman menyertai operasi sebelum ini manakala 127 adalah petugas baharu.

“Kumpulan petugas perubatan itu terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan seperti perubatan, farmasi, jururawat, pembantu perawatan kesihatan dan penjagaan spiritual.

“Seperti tahun sebelum ini, petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membantu mengendalikan kes berkaitan perubatan yang dihadapi jemaah haji selain turut mengoperasikan fasiliti kesihatan sepanjang berada di tanah suci,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan