26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kes tembak tepat di dahi: 3 rakan didakwa membunuh

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TIGA rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah hotel di Bukit Bintang, pada minggu lalu.

Tertuduh, T Muniswaran, 49; S Katharavello, 52 dan Mohd Zulbihar Ali Khan Kamaldin, 48, didakwa bersama-sama membunuh S Prabah, 49, di sebuah bilik di Hotel Capitol, Jalan Bulan, Off Jalan Bukit Bintang di sini, jam 6.05 petang hingga 6.40 petang pada 3 Mei lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia dan tiada pengakuan direkodkan daripada mereka kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Phulrani Kaur, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Edisi9 sebelum ini melaporkan mangsa ditemukan maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang selepas dia mendaftar masuk.

-EDISI9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan