Wednesday, July 22, 2026

Bomba selamatkan kanak-kanak lelaki tertusuk tongkat basikal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun terpaksa menahan kesakitan setelah kaki kirinya tertusuk tongkat basikal di Taman Mawar, Alor Setar, Kedah, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.54 pagi tadi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, tapak kaki kanak-kanak terbabit tertusuk tongkat basikal yang diperbuat daripada besi.

“Pasukan kami kemudiannya memotong tongkat basikal tersebut menggunakan peralatan khas sebelum memberi rawatan awal termasuk membalut kaki kanak-kanak itu.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk rawatan selanjutnya menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya hari ini.

Sementara itu menerusi klip video yang dikongsikan di media sosial, tongkat besi tersebut dilihat masih berada pada kaki kanak-kanak terbabit semasa dibawa ke hospital. 

-EDISI9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan