24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Pemandu teksi pandu lawan arus, disiasat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SIASATAN polis berhubung tindakan seorang pemandu teksi berusia 70 tahun memandu melawan arus sejauh 40 meter di Jalan Putra Permai, Seri Kembangan, kelmarin sedang dilakukan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 2.30 petang dan telah tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 11 saat.

“Siasatan awal mendapati, pemandu teksi telah mengambil tiga penumpang di sebuah kondominium berhadapan AEON Taman Equine hendak menuju ke Maybank Taman Equine.

“Apabila sampai di tempat kejadian pemandu teksi melalui laluan bertentangan tanpa membuat pusingan di bulatan Persiaran Pinggiran Putra 2 dan telah melawan arus sekitar 40 meter,” katanya dalam kenyataan di hari ini.

Advertisements

Mengulas lanjut, kata beliau pemandu berkenaan hanya keluar dari laluan bertentangan selepas membelok ke kanan di persimpangan lampu isyarat menuju ke Taman Equine.

“Ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap pemandu teksi dan hasil keputusan ujian adalah negatif.

“Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” jelasnya.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan