31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

APMM rampas 100kg sotong gred A daripada nelayan Vietnam

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas sebanyak 100 kilogram (kg) sotong gred A daripada sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan dalam Op Pagar Laut kerana menceroboh perairan negara, semalam.

Bot bersama enam kru termasuk tekong berusia 18 hingga 56 tahun itu ditahan kapal APMM yang sedang melakukan rondaan bersepadu Op Pagar Laut, Op Kuda Laut dan Op Iman di kedudukan 67 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, pada pukul 3.20 petang.

Menurut Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, bot nelayan Vietnam dengan nombor pendaftaran BD 93430 cuba melarikan diri namun gagal apabila dihalang kapal APMM selepas hampir satu jam mengejar bot terbabit.

“Pemeriksaan mendapati semua kru termasuk tekong tidak memiliki dokumen pengenalan diri serta bot tidak mempunyai permit menangkap ikan yang sah dan disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan tanpa kebenaran di perairan Malaysia.

Baca juga:   NADMA, agensi menyelamat mula pindah mangsa banjir - PM

“Sementara kru akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan hari ini

Muhammad Suffi berkata, musim sotong bermula April hingga Ogos menyebabkan nelayan Vietnam bertindak menceroboh perairan negeri ini bagi mencuri hasil laut berkenaan.

Menurutnya, setiap kali tiba musim sotong, kes pencerobohan nelayan Vietnam di perairan negeri ini akan meningkat berbanding bulan biasa.

“Nelayan Vietnam dipercayai sengaja mengambil kesempatan menceroboh perairan negara kerana beranggapan penguatkuasaan longgar ketika Aidilfitri.

Baca juga:   Suntikan RM152.3 juta tangani pembinaan 3 kapal OPV

“Ini tangkapan ke-14 membabitkan pencerobohan nelayan asing melalui Op Khas Pagar Laut 1/2022, dengan penahanan keseluruhan seramai 104 kru warga Vietnam,” katanya.

Untuk rekod, turut dirampas, 500 liter diesel serta peralatan menangkap ikan dan bot yang semuanya dianggarkan bernilai RM1 juta.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai kerana shiqaq

ISTERI bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam,...

Lagi Artikel Berkaitan