31.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

Dua pelatih lari dari PUSPEN Bukit Chabang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang memburu dua tahanan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bukit Chabang, Beseri, Perlis, yang melarikan diri semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kedua-dua tahanan lelaki itu masing-masing berusia 51 dan 44 tahun.

Menurutnya, kali terakhir salah seorang tahanan dilihat memakai baju berwarna kuning dan berseluar track warna gelap, manakala seorang lagi memakai baju berwarna putih dan berseluar track gelap.

“Pengurusan PUSPEN membuat laporan berhubung kejadian itu semalam dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar telah melancar Op Tutup bagi mengesan kedua-dua pelatih terlibat.

“Op Tutup disertai oleh tujuh pegawai dan 53 anggota polis dibantu oleh seorang pegawai dan sembilan anggota dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Perlis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Mohd Shokri lagi, polis turut melakukan tiga,sekatan jalan raya dibantu oleh Pasukan Gerakan Am.

Baca juga:   Jangan berhenti di lorong kecemasan Jalan Temiang-Pantai

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan (kecuaian penjawat awam membiarkan seseorang lari dari tahanan) dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan (tentangan atau halangan terhadap penangkapan yang sah di sisi undang-undang).

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan orang awam yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan maklumat di talian 04-9492222 dan 04-9491481,” katanya.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   KKM tingkat kaedah bendung penularan COVID-19

Terkini

Tiga terbunuh, nahas kereta bertembung di Pontian

TIGA terbunuh dalam nahas di Kilometer 5.7 Jalan Parit Semerah – Parit Kudus, di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit...

Lagi Artikel Berkaitan