24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

4.5 juta kenderaan bakal pulang ke ibu negara hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KIRA-KIRA 4.5 juta kenderaan dianggarkan akan memasuki beberapa lebuh raya utama hari ini untuk pulang ke ibu negara sempena sambutan Aidilfitri Isnin lalu.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1.2 juta pengguna dianggarkan menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan.

“Semalam berlaku peningkatan trafik sebanyak 2.65 peratus di seluruh lebuh raya iaitu 3.59 juta dilaporkan mula masuk ke ibu kota.

“Pada dasarnya berlaku peningkatan bagi trend pergerakan pulang ke ibu kota bermula semalam,” katanya.

Advertisements

Namun katanya, aliran trafik dalam tempoh empat hari ini belum mencecah 5.5 juta seperti yang berlaku pada 29 April lalu.

“Kita jangka akan berlaku peningkatan aliran luar biasa bermula esok sehingga Ahad ini.

“Bagaimanapun, JSPT sudah membuat persiapan menerusi Op Lancar dengan koordinasi di setiap kontinjen dan daerah,” katanya lapor Kosmo!.

Terdahulu, media melaporkan ribuan pengguna jalan raya di Lebuh Raya Utara-Selatan terpaksa menempuh kesesakan yang luar biasa ekoran pertambahan kenderaan pulang menuju ke ibu negara.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan