32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

31 ahli keluarga tinggal sehelai sepinggang, kediaman musnah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

31 ahli keluarga di Kampung Gajah Mati, Mersing di sini terpaksa hidup sehelai sepinggang apabila dua buah kediaman mereka musnah disambar api ketika sedang memasak ketupat palas untuk disedekahkan kepada orang ramai, semalam.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4.45 petang itu turut menyebabkan 12 kucing peliharaan mereka mati.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa, Zawiyah Ripin, 54, berkata, semuanya berpunca daripada tempat memasak di bengkel membuat ketupat palas yang terletak di bahagian tengah antara dua buah rumah terbabit.

“Api marak dengan cepat hingga menyebabkan rumah kami yang diperbuat daripada dinding separuh kayu dan batu musnah dalam masa kira-kira 10 minit. Ketika itu ahli keluarga sedang memasak ketupat palas.

“Saya sempat mencabut kepala gas dapur namun api gagal dikawal dan terus merebak ke dinding kayu.

“Ekoran itu ahli keluarga lain yang sedang berehat lari menyelamatkan diri dan kenderaan apabila api semakin marak.

“Lebih menyedihkan 12 kucing kesayangan saya yang dikurung di dalam sangkar juga tidak sempat diselamatkan dan mati dalam kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang, lapor Utusan.

Advertisements

Zawiyah yang juga pesakit kanser berkata, ketupat palas berkenaan dibuat bertujuan untuk disedekahkan kepada mereka yang tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Rumah ini dibina hasil bantuan Baitulmal sejak 2016 dan sebuah lagi milik ibu, Meriam Yakob, 85, yang juga ibu tunggal dan tidak boleh berjalan kerana uzur serta lemah jantung.

“Dianggarkan kerugian yang ditanggung termasuk mesin dan perkakas di bengkel dan kedua-dua buah rumah itu melebihi RM100,000,” katanya.

Terdahulu kesemua mangsa menerima lawatan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang bersimpati dan menyifatkan apa yang terjadi adalah dugaan berat lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut Syawal.

Katanya, keadaan menimpa keluarga itu turut mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui Yayasan Sultan Ibrahim yang akan mengurniakan sumbangan bagi membantu membaiki dan membina semula rumah mangsa kebakaran.

“Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) juga menghulurkan sumbangan bagi membantu proses pembinaan semula rumah. Mangsa akan ditempatkan sementara di rumah sewa,” katanya.

Advertisements

Terkini

CENTHRA gesa kerajaan mansuh undang-undang tindas hak asasi

PEMANSUHAN undang-undang yang menindas hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan kerajaan kerana langkah tersebut dilihat sejajar dengan piawaian hak...

Lagi Artikel Berkaitan