25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Saifuddin harus bertanggungjawab sepenuhnya – Anifah

Tindakan panggil balik diplomat tidak patut tergesa-gesa

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kegagalan menyelaras lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Demikian pandangan disuarakan bekas menteri luar Datuk Seri Anifah Aman menerusi satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, Saifuddin seharusnya dapat menguruskan situasi dengan lebih baik, terutamanya melibatkan dua diplomat negara ini.

“Secara peribadinya, saya akan mengendalikan situasi dengan lebih berbeza dan akan mengarahkan siasatan dalaman dijalankan terlebih dahulu.

“Meskipun Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan memanggil pulang dua diplomat negara di atas kegagalan penyelarasan urusan pentadbiran dan logistik lawatan tersebut adalah perkara biasa, namun tindakan memanggil semula (diplomat) tidak seharusnya dilakukan secara tergesa-gesa.

“Saya ragu-ragu bagaimana diplomat kanan dan berpengalaman boleh terlepas pandang mengenai butiran penting, terutamanya apabila ia melibatkan perdana menteri kita,”katanya.

Jelas Anifah lagi, lazimnya apabila terdapat lawatan rasmi perdana menteri ke luar negara, persediaan yang rapi melibatkan menteri luar akan dilakukan terlebih dahulu.

Baca juga:   Agong berkenan bertemu Presiden baharu UAE

“Beliau (menteri luar) sepatutnya berada di lokasi ketibaan terlebih dahulu sebelum kedatangan perdana menteri bagi memastikan segala persiapan dipenuhi.

“Jika sebagai menteri luar, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekurangan seperti yang berlaku ketika lawatan perdana menteri ke UAE baru-baru ini.

“Ini merupakan sesuatu yang memalukan buat negara kita. Dan menteri sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekurangan yang datang dari kementeriannya sendiri,” kata beliau.

Baca juga:   Agong berkenan bertemu Presiden baharu UAE

Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berkata, tindakan memanggil balik dua diplomat negara di UAE hanya akan memberi imej buruk terhadap negara.

Katanya, ia seolah-olah menggambarkan Malaysia tidak mampu mengendalikan lawatan penting melibatkan ketua negara.

“Pegawai serta diploma di Wisma Putra terdiri daripada mereka yang berpengalaman. Dan selalunya mereka yang dipilih sebagai duta adalah diplomat peringkat tertinggi, dengan pengalaman yang cukup besar.

“Insiden seperti itu jarang berlaku. Sekiranya berlaku, situasi seperti itu dapat ditangani terlebih dahulu oleh menteri luar,” jelas beliau lagi.

Kata Anifah, adalah menjadi tanggungjawab Saifuddin untuk berada di lokasi ketibaan dan sekiranya tidak dapat berbuat demikian, beliau tidak sepatutnya bersetuju dengan keputusan memanggil semula dua diplomat negara ke Putrajaya.

Terdahulu, Kementerian Luar mengesahkan Duta Besar Malaysia ke UAE dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai dipanggil pulang atas kegagalan menyelaras urusan lawatan rasmi perdana menteri pada 29 hingga 31 Mac lalu.

Baca juga:   TMJ titah semua agensi, kakitangan siap siaga hadapi banjir

Menurut Wisma Putra, tindakan itu diambil kerana kedua-dua ketua perwakilan tersebut didapati gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan itu, berdasarkan Prosedur Operasi Tetap bagi lawatan peringkat tinggi negara di luar negeri, terutamanya semasa ketibaan perdana menteri di Dubai.- Edisi 9

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan