32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

RUU Antilompat Parti sebagai jaminan elak kejadian berulang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ISU lompat parti dalam kalangan wakil rakyat yang menang kerusi pilihan raya akan dapat diatasi dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata, sebelum akta terbabit dikuatkuasakan, Pindaan Perlembagaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

“Kalau ikut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bermakna kita bentang pindaan Perlembagaan dahulu kemudian kalau Parlimen bersidang pada Julai, Insya-Allah kita boleh bentang RUU Antilompat Parti pada Julai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Iftar dan Solat Tarawih bersama Warga FELCRA Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Padang Terap, Kedah semalam.

Jelas Mahdzir, Pindaan Perlembagaan yang bakal dibentang Isnin ini merupakan pindaan yang membolehkan Akta Antilompat Parti dibentangkan.

“Pembentangan dan pembahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2022 itu membabitkan penggubalan punca kuasa di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia bagi membolehkan Rang Undang-Undang berhubung larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti, digubal di Parlimen,” kata beliau.

Kabinet sebelum ini memutuskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 berhubung Antilompat Parti dan Pengehadan Tempoh Jawatan Perdana Menteri sehingga 10 Tahun, perlu melalui proses penelitian lanjut menerusi sesi perbincangan.

Pertama kali RUU berkenaan dijadualkan untuk dibentangkan bagi bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu iaitu hari terakhir sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini.

-EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan