33.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Covid-19: Hanya Selangor catat penggunaan katil lebih 50 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

HANYA satu negeri iaitu Selangor yang menunjukkan peratusan penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes Covid-19 bagi Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU) mahupun katil bukan ICU melebihi 50 peratus.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bagi katil ICU sebanyak 58 peratus dipenuhi manakala katil bukan ICU pula ialah sebanyam 51 peratus.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bilangan kes sembuh harian sekali lagi mengatasi kes baharu apabila sebanyak 15,132 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.

Katanya, sehingga kini jumlah keseluruhan kes pulih adalah 4,128,963 kes dengan kadar kesembuhan 95.6 peratus.

Manakala kes harian Covid-19 di negara ini semalam mencatatkan 10,177 kes baharu membabitkan 10,124 kes tempatan manakala 53 kes import.

“Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara mencecah 4,317,706 kes.

“Sebanyak 195 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) yang mana 82 kes disahkan Covid-19 manakala 113 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Noor Hisham lagi, daripada keseluruhan kes harian semalam, kebanyakan pesakit dilaporkan pada kategori satu iaitu 5,767 kes diikuti 4,347 kes kategori dua manakala kategori tiga (31 kes), kategori empat (14 kes) dan kategori lima (18 kes).

Menurutnya, berdasarkan pecahan kes kategori tiga hingga lima, 20 kes tidak divaksinasi atau belum lengkap vaksinasi, menerima dua dos vaksin (22 kes) dan sudah menerima dos penggalak (21 kes).

“Pesakit dalam kategori berkenaan juga adalah kalangan berusia 60 tahun ke atas membabitkan 38 kes, pesakit mempunyai komorbid pula 35 kes dan dua kes membabitkan ibu mengandung,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Dewan Rakyat lulus RUU Pindaan AUKU 2023

DEWAN Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat...

Lagi Artikel Berkaitan