29.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pegawai polis ‘live’ TikTok ditukar ke SUKSIS UiTM Johor

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEGAWAI polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) yang membuat video secara langsung (live) dalam aplikasi TikTok ketika serbuan di sebuah pusat hiburan ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Arahan pertukaran terhadap pegawai kanan itu tular di aplikasi WhatsApp sejak petang Selasa.

Dia yang sedang bertugas sebagai ASP Operasi Urusetia, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman ditukarkan ke Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain mengesahkan arahan pertukaran pegawai kanan terbabit.

“Betul, dia ditukarkan ke IPK Johor dan perlu melaporkan diri pada hujung bulan Mei depan,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, pegawai wanita yang bertugas di JSJN Bukit Aman dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa menjalankan serbuan di sebuah pusat hiburan baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi satu minit 38 saat memaparkan wanita berpakaian jaket seragam operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menerangkan tanggungjawab kerja ketika menjalankan serbuan serta pemeriksaan.

Berikutan itu, Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberi jaminan tindakan tegas akan diambil terhadap pegawai berkenaan tanpa memilih bulu dan pangkat. – Edisi 9

Terkini

Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan

Oleh AZRIL MOHD AMIN DALAM tindakan terbaharu kedegilan diplomatik, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa vetonya untuk menggagalkan resolusi yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan