31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Pemuda parah, kereta terputus dua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemuda mengalami kecederaan parah selepas kereta dinaikinya terputus dua selepas melanggar pembahagi jalan dalam kejadian di Jalan Glenmarie, Petaling Jaya, Selangor pagi tadi.

Mangsa, M. Narresh, 20, beralamat di Taman Mutiara Puchong parah di bahagian muka telah dihantar ke Hospital Shah Alam (HSA).

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.07 pagi dengan lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, berdasarkan maklumat awal didapati mangsa yang memandu kereta jenis Honda itu dari arah Subang menghala ke Lebuh Raya Persekutuan.

“Kereta mangsa telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan sehingga terputus dua.

“Bahagian hadapan kereta itu terseret sejauh 50 meter manakala bahagian belakangnya terbakar dan berjaya dipadamkan pihak bomba,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah, mangsa mengalami cedera parah di bahagian muka telah diberikan rawatan awal oleh anggota Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) Bomba.

Ujar Norazam, mangsa kemudiannya dihantar ke HSA untuk rawatan lanjut -Edisi 9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan