24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

KPLB peruntuk RM24.8 juta perkasa pembangunan peserta Felcra di Pahang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM24.8 juta kepada Felcra Berhad selaku agensi pelaksana bagi pelaksanaan dan pembangunan aktiviti memperkasakan 24 ribu pesertanya di seluruh
Pahang sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri 1, Pembangunan Luar Bandar, Datuk Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, menerusi peruntukan tersebut di bawah Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kementerian akan memfokuskan kepada usaha merapatkan jurang pendapatan antara bandar dan luar bandar.

”Selain itu, kemudahan infrastruktur asas termasuk ameniti sosial diperluas, serta pembangunan modal insan dan peningkatan kadar pendapatan warga luar bandar akan turut diberi tumpuan.

“Inisiatif ini juga menunjukkan komitmen kerajaan dalam membangun dan memajukan masyarakat luar bandar melalui KPLB dan FELCRA Berhad iaitu agensi yang diyakini dapat merealisasikan agenda kerajaan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Iftar Warga FELCRA Kawasan Sungai Temau, Kuala Lipis, Pahang, petang semalam.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Pada majlis tersebut, Abdul Rahman turut menyampaikan replika Cek Agihan Keuntungan Boleh Agih Akhir 2021 Fasa 2 Peserta FELCRA
Berhad Daerah Kuala Lipis.

Advertisements

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Al-Ihsan Daerah Kuala Lipis dan menandatangani Plak Perasmian Pejabat FELCRA Berhad Kawasan Sungai Temau, Pahang.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menyatakan sehingga Julai 2020, FELCRA Berhad telah berjaya memajukan seluas 224,130 hektar ladang bagi pihak 107 ribu orang Peserta merangkumi
1,049 Projek Penyatuan dan Pemulihan, serta 33,145 hektar estet milik syarikat FELCRA Berhad.

“Sebanyak 298 buah projek yang ditadbir oleh 32 buah kawasan yang menjadikan luas keseluruhan tanah yang dibangunkan adalah melebihi 52 ribu hektar di seluruh Pahang,” katanya.

Ujar beliau lagi, komitmen yang ditunjukkan oleh FELCRA Berhad telah mengubah lanskap pembangunan luar bandar melalui peningkatan
taraf hidup dan pendapatan penduduk luar bandar melalui aktiviti pembangunan tanah.

“KPLB amat menyokong pelaksanaan lebih banyak projek pembangunan berimpak tinggi di setiap Projek FELCRA, agar dapat memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat di sekeliling projek, terutama dari segi peningkatan potensi pendapatan mereka,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan