27.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 1, 2023

Polis buru pemandu Proton Preve memandu lawan arus

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang giat memburu pemandu sebuah kereta Proton Preve berwarna hitam yang memandu secara melawan arus di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) seperti yang tular di media sosial Facebook malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan lanjut mendapati kejadian itu berlaku lebih kurang pukul 11.15 pagi di Kilometer 13.2 arah Utara SPDH.

“Sehingga kini, pemandu kenderaan tersebut masih belum dipastikan.

“Namun begitu, pihak polis sedang giat mengenal pasti dan mengesan pemandu kereta terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nanda berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Tambah beliau, sebarang makluman mengenai kejadian ini, boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Inspektor Sankar di talian 014-6000353.-Edisi 9

Baca juga:   Polis cari Nur Haziqah Hamidi saksi penting kes ‘Long Tiger’

Wartawan

Terkini

DBKL gempur 7 pusat pelacuran, operasi ketika Ramadan

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggempur tujuh pusat pelacuran yang beroperasi pada bulan Ramadan di sekitar Jalan Petaling, Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan