31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Penampilan pertama Elya KWSP bertudung, bawa mesej penting

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

AVATAR bernama Elya yang merupakan penasihat kewangan online Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini menarik perhatian warganet apabila tampil dengan imej manis bertudung.

Penampilan baharu sempena bulan Ramadan berkenaan juga membawa mesej penting buat warganet.

“Dalam berbelanja, dahulukan keperluan daripada kehendak.

“Dan sentiasa berhati-hati dan tidak terpedaya dengan scammer di luar sana! Salam Ramadan,” katanya hari ini.

Polis sebelum ini mengingatkan masyarakat untuk tidak terpedaya dengan taktik penipuan scammer dalam proses membuat pengeluaran wang tunai KWSP.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya sentiasa memantau sebarang tindakan jenayah penipuan dari masa ke masa bagi memastikan orang ramai tidak terpedaya dengan helah penipuan membabitkan pengeluaran wang tunai KWSP.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kop Mantap Berhad bersama rakan strategik di Maktab Polis Diraja Malaysia, bulan lalu.

PDRM menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) sentiasa memantau selain sering mengingatkan orang ramai untuk tidak menjadi mangsa kepada sindiket penipuan ini.

Hampir setiap hari banyak peringatan dan nasihat disampaikan oleh pihak polis kepada orang ramai menerusi media sosial terutama laman Facebook PDRM dan laman sosial lain tentang pelbagai taktik penipuan.

Terdahulu, KWSP menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan iklan permohonan pengeluaran khas KWSP yang dikongsi di media sosial.

KWSP dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran khas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang akhbar khas mengumumkan keputusan kerajaan membenarkan pengeluaran caruman KWSP sehingga RM10,000 dan kini pemohon mula menerima pengeluaran berkenaan yang diberikan sejak 18 April lalu secara berperingkat.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan