24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Hospital Sungai Buloh kembali terima pesakit bukan COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

HOSPITAL Sungai Buloh (HSB) kembali menerima perkhidmatan perubatan bukan COVID-19 seperti sebelum ini, yang tertangguh sejak ia diwartakan sebagai hospital perawatan perubatan khusus pesakit COVID-19 sejak Mac 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, untuk itu status Hospital Sungai Buloh juga ditukar kepada status hibrid, di mana ia akan merawat kedua-duanya iaitu pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini pandemik COVID-19 di Malaysia terutama kes kategori tiga, empat dan lima serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes COVID-19 yang rendah di Lembah Klang.

“Selepas ini, perkhidmatan hospital ini ditukar kepada status hibrid dan akan merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 seperti dahulu selaras keadaan negara yang dalam fasa peralihan ke endemik seperti diumumkan sebelum ini.

Advertisements

“Namun KKM akan sentiasa memantau dan bersiap sedia dalam menyediakan perkhidmatan perubatan bagi kes COVID-19 termasuk rawatan kritikal, jika berlaku peningkatan kes COVID-19 di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 10 Mac 2020, Hospital Sungai Buloh diwartakan sebagai hospital bagi rawatan khusus untuk pesakit COVID-19 sebagai langkah strategik bagi menampung keperluan katil hospital dan juga pengurusan hospital yang optimum dalam memerangi pandemik itu.

Pada kemuncak operasinya, Hospital Sungai Buloh mampu menampung lebih 2,000 pesakit COVID-19 pada satu-satu masa dan sehingga semalam, seramai 92,874 pesakit COVID-19 dirawat di hospital itu sepanjang pandemik COVID-19 melanda negara.

Dr Noor Hisham berkata, KKM turut menzahirkan penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan di seluruh negara terutama di Hospital Sungai Buloh yang memberikan komitmen jitu dan perkhidmatan kesihatan terbaik sepanjang pandemik COVID-19. – Bernama

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan