28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Bapa Sharifah Zarina meninggal dunia malam ke-27 Ramadan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAPA penyanyi tanah air, Zarina Al-Qadry iaitu Wan Hassan Syed Jamil Alqadry Aljilani meninggal dunia pada Khamis malam.

Zarina atau Sharifah Zarian Wan Hassan berkongsikan kejadian berkenaan dalam satu hantaran video di Facebooknya.

Allahyarham dikatakan rebah ketika sedang menunaikan solat sunat sebelum Isyak di Masjid Kuching Family Park.

“Semasa dia (Allahyarham) berada di masjid hendak solat Isyak dan Tarawih, dia rebah pada solat sunat Isyak,” katanya hari ini.

Jemaah yang berada di masjid tersebut membantu Allahyarham sebelum menghubungi ahli keluarganya.

Turut hadir di lokasi anak lelakinya Syed Muhammad Alqadry yang juga pengasas jenama baju melayu S_Alqadry Exclusive.

Pelantun lagu Langit Ketujuh itu turut memohon agar mendoakan semoga urusan bapa dipermudahkan.

“Mohon kalian semua mendoakan abah (Allahyarham) saya,” katanya lagi.

Difahamkan jenazah Allahyarham telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan lanjut sebelum urusan pengebumian selepas solat Jumaat esok.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan