34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Enam warga asing lolos diri, maut dilanggar

Ratusan etnik Rohingya itu cuba melintas lebuh raya selepas melarikan diri daripada Depot Tahanan Relau.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

USAHA kumpulan warga asing yang cuba meloloskan diri tidak kesampaian apabila seramai enam daripadanya termasuk dua kanak-kanak maut dilanggar kenderaan ketika menyeberangi Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer (KM) 165 dekat Nibong Tebal, Pulau Pinang, pagi tadi.

Mereka terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang terbunuh di lokasi kira-kira pukul 6.50 pagi.

Kejadian berlaku ketika mereka bersama 229 etnik Rohingya yang lain cuba menyeberangi lebuh raya itu selepas meloloskan diri dari Depoh Tahanan Relau, Bandar Baharu di Kulim, Kedah kira-kira pukul 4.30 pagi.

Ketua Polis Negeri Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kumpulan warga asing berkenaan kemudiannya tidak lagi berani melintas lebuh raya sejurus kejadian dan hanya menyelusuri bahu lebuh raya tanpa arah tuju.

“Kita kemudian berjaya menahan 229 di KM168 yang turut dibantu oleh sekumpulan anak muda yang menjejaki mereka.

“Orang kampung juga berjaya menahan 88 daripada mereka sebelum diserahkan kepada pihak imigresen,” katanya dalam sidang media di KM 168 Lebuh Raya Utara-Selatan, Nibong Tebal, Pulau Pinang, lapor Kosmo!

Beliau berkata, pihaknya difahamkan seramai 528 daripada 663 warga asing di depoh berkenaan telah meloloskan diri.

“Ketika ini kita buru 205 lagi mereka dan memerlukan tenaga yang sepenuhnya selain bantuan orang ramai diperlukan,” katanya.

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan