24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Bayaran pengeluaran khas RM10,000 bermula esok

Bayaran dibuat dua hari lebih awal berbanding 20 April sepertimana diumumkan sebelum ini - Tengku Zafrul

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BAYARAN pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara sekali pembayaran kepada pencarum yang layak diawalkan dua hari iaitu bermula esok, berbanding 20 April sepertimana diumumkan sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkongsi berita baik berkenaan dalam satu hantaran dalam Facebook hari ini.

“Ramai yang mesej dan komen dalam media sosial saya, “YB, pengeluaran KWSP boleh cepat lagi tak?”

“Saya mendengar suara anda. Oleh itu, setelah berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, sukacita dimaklumkan pengeluaran khas KWSP akan dikreditkan secara berperingkat mulai 18 April 2022 dan bukannya 20 April 2022 seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar pengeluaran berkenaan akan lebih menceriakan sambutan Aidilfitri Keluarga Malaysia.

“Bagi yang mohon awal April, boleh mula menyemak akaun esok, kalau tak masuk jangan risau, akan masuk juga kerana bayaran secara berperingkat.

Advertisements

“Semoga bantuan ini dapat menjadikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna” katanya dalam satu rakaman video berdurasi satu minit 15 saat dalam hantaran yang sama.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

KWSP menetapkan syarat pengeluaran adalah bagi pencarum warganegara dan bukan warganegara serta pemastautin tetap berumur 55 tahun ke bawah dengan jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun berkenaan.

Amaun pengeluaran minimum RM50, maksimum RM10,000 tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 dan jika tidak mencukupi, Akaun 1 akan digunakan dengan meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun berkenaan.

Bayaran pengeluaran khas tersebut diberi keutamaan berbanding pengeluaran lain dan pembatalan permohonan serta pindaan amaun tidak dibenarkan.

Permohonan pengeluaran khas berkenaan dibuka dari 1 April hingga 30 April ini.-EDISI9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan