32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Projek ‘sekolah sakit’ akan diutamakan KPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROJEK ‘sekolah sakit‘ atau pembinaan terbengkalai akan terus menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menyelesaikan masalah kepadatan tinggi di sesebuah sekolah akibat ketiadaan institusi pendidikan yang mencukupi.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, isu ini juga akan diberikan keutamaan oleh KPM bagi menyuraikan tekanan tinggi ibu bapa yang terpaksa menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah yang lebih jauh, pada setiap hari.

Menurut beliau, pihak KPM mempunyai beberapa senarai ‘sekolah sakit’ yang dikenal pasti untuk dibaikpulih dan dibina kembali, khususnya di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

“Isu pembinaan sekolah terbengkalai akan lebih membebankan kerajaan sekiranya ia dibiarkan terlalu lama tanpa dibaiki kerana membabitkan kos yang lebih tinggi.

“Kita akan memberi keutamaan terhadap sekolah terbengkalai dalam usaha memberi kemudahan kepada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah yang lebih jauh pada setiap hari.

“Sebagai contoh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkon di Kota Merudu, Sabah yang pelajarnya terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon tetapi Alhamdullilah kita selamatkan dan perkembangan (pembinaan) institusi itu cukup baik sekali. Ia akan disiapkan mengikut jadual.

“Begitu juga SK Bandar Saujana Putra, di sini yang akan siap sekitar bulan September depan,” katanya selepas program penyerahan kunci SMK Bandar Saujana Putra, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata, perancangan pembinaan sekolah yang terbengkalai akan berada konteks pembangunan infrastruktur KPM.

Dalam pada itu, katanya, seramai 14,000 guru pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ daripada kuota 18,702 yang diumumkan sebelum ini telah ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara.

Radzi berkata, kehadiran mereka ini membolehkan mengisi kekosongan yang ada sebelum ini selain membantu proses permohonan pertukaran guru-guru duka lara.

“Kebiasaannya kekurangan guru hanya melibatkan antara 3,000 hingga 4,000 setahun bagi mengisi kokosongan ditinggalkan mereka yang telah pencen, berhenti dan sebagainya.

“Ada baki 4,000 lagi (kuota) dan kita akanterus pantau supaya sebarang kekosongan itu dapat diselesaikan segera dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,”katanya.

Terkini

50 keluarga asnaf terima bantuan pek makanan IR Malaysia

SERAMAI 50 keluarga asnaf menerima bantuan pek makanan daripada Islamic Relief Malaysia (IR Malaysia) sempena program MySinggah Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan