28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Pampasan Sulu: Tommy mesti bertanggungjawab – Zahid

Mesti Baca

KERAJAAN perlu memanggil Tan Sri Tommy Thomas dan meminta bekas Peguam Negara itu memberikan penjelasan berhubung tuntutan pampasan keturunan Sulu terhadap negara berjumlah RM63 bilion.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan bekas Peguam Negara lantikan Perikatan Nasional (PH) itu bukan sahaja menunjukkan ketidaktegasan mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara malah meletakkan Malaysia dalam kedudukan sukar.

Beliau berkata, tindakan kerajaan PH diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu yang tunduk dengan tuntutan tersebut amatlah memalukan selain mengancam keselamatan awam.

“Ketundukan kerajaan PH terhadap desakan luar dalam isu tuntutan waris masyarakat Sulu di Sabah yang tidak seharusnya dilayan telah meletakkan Malaysia dalam kedudukan yang sukar.

“Ia bukan sahaja perihal pampasan RM63 bilion, ia turut memalukan dan mengancam keselamatan awam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   Jualan Perodua turun 29.8% berbanding tahun 2020

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sepucuk surat yang diutuskan oleh Tommy kepada peguam yang mewakili keturunan Sulu yang sedang menuntut pampasan terhadap kerajaan Malaysia.

Surat yang diutuskan oleh Tommy Thomas kepada peguam di London yang mewakili waris keturunan Sulu berhubung saman ke atas kerajaan Malaysia.

Dalam surat tersebut, bekas Peguam Negara itu mengaku kesal dengan pemberhentian bayaran tahunan sebanyak RM5,300 setahun serta menawarkan bayaran tunggakan dari tahun 2013 hingga 2019 sebanyak RM48,300 bagi menyelesaikan kes.

Sedangkan menurut Najib, pemberhentian bayaran tersebut pada 2013 selepas insiden pencerobohan Lahad Datu oleh tentera Sulu yang mengakibatkan 10 anggota keselamatan negara terkorban.

Baca juga:   Perjuangkan politik perpaduan hapuskan politik kebencian

Zahid berkata, Tommy perlu memberi penjelasan lengkap, telus dan munasabah terhadap tindakan beliau kerana surat tersebut menggambarkan kerajaan telah melakukan kesilapan serta mengiktiraf pencerobohan negara itu.

“Kerajaan mesti menubuhkan pasukan khas untuk meneliti keseluruhan perkara ini dan menerangkan kesemuanya kepada masyarakat,” katanya.

Zahid juga menyeru masyarakat agar bersama-sama meneliti isu tersebut dengan rapat dan membiarkan Tommy terlepas begitu sahaja kerana ia melibatkan kedaulatan tanah air.

Beliau turut menuduh tindakan Tommy menulis buku Justice In Wilderness yang membuka pekung Jabatan Peguam Negara adalah untuk menutup kelemahan dan kesilapan beliau dalam isu ini.

“Mereka yang selama ini hadir dengan ‘topeng’ dan laungan palsu mahu menjadi ‘penyelamat’ negara dengan naratif ‘Malaysia Baharu’, rupa-rupanya adalah dalang yang berpotensi menggadaikan kedaulatan negara,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Perjuangkan politik perpaduan hapuskan politik kebencian

Terkini

Gred guru besar, penolong kanan ditingkatkan sehingga DG54

GRED guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54 yang akan memberi...

Lagi Artikel Berkaitan