28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2021

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang bermula hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebooknya, Ismail Sabri mahu semua calon peperiksaan melakukan yang terbaik demi masa depan mereka.

“Mulakan dengan doa yang baik-baik agar dipermudahkan menjawab soalan-soalan.

“Pak Long sayang semua. All the best (selamat berjaya),” katanya.

Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Facebook beliau hari ini.

Peperiksaan SPM yang akan berlangsung hingga 29 Mac ini membabitkan seramai 407,097 calon dengan 50,514 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu di 3,382 pusat peperiksaan seluruh negara.

Advertisements

Hantaran Perdana Menteri itu, mendapat maklum balas positif daripada pelayar yang rata-rata mereka turut mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon SPM.

Amira Fatin menerusi hantaran mengucapkan selamat menghadapi SPM kepada pelajar2 semoga adik2 semua dapat menjawab semua kertas soalan.

Hasnul Hasrullah pula, Terbaik Paklong. Selamat menduduki peperiksaan SPM. Fokus!

Sementara itu, Zalbert Silawan, Asalamualaikum Datuk terima kasih mengingatkan perkara yang baik perlu dibuat semoga datuk sentiasa sihat dan dilindungi Allah SWT, amin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan