25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Najib, Khairy saling membidas isu kompaun Kit Siang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini saling membidas antara satu sama lain gara-gara Mentor DAP, Lim Kit Siang disahkan positif Covid-19 semalam.

Ia berpunca apabila bekas Perdana Menteri itu ‘menembak’ Khairy seolah-olah tidak mengambil tindakan terhadap Kit Siang yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-71 di Shah Alam, kelmarin.

Najib berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya ‘berani’ mengambil tindakan terhadap beberapa artis semasa Anugerah Juara Lagu (AJL) disebabkan berpeluk tetapi tidak mengambil langkah yang sama terhadap Kit Siang.

“Saya tak berniat jahat tapi geng inilah yang paling seronok tuduh saya langgar SOP sehingga KJ (Khairy Jamaluddin) saman saya banyak kali.

“Lebih elok juga ahli-ahli Parlimen DAP yang berpeluk dengan Kit Siang semalam kuaratin kendiri dan jangan datang Parlimen,” katanya menerusi Facebook.

Ekoran itu, Khairy tampil mengesahkan bahawa Ahli Parlimen Gelang Patah itu sudah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan berharap Najib membayar beberapa lagi kompaun yang dikenakan terhadap beliau sesama Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tempoh hari.

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada Lim Kit Siang. KKM juga harap Najib Razak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle (selesai).

“KKM juga harap Najib Razak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini,” katanya menerusi ciapan dalam twitternya hari ini.

Advertisements

Berdasarkan notis yang dikongsi oleh Khairy, kompaun kepada Kita Siang bertarikh 22 Mac itu dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Bagaimanapun, Najib sekali lagi membidas Khairy dengan mendakwa KKM hanya mengenakan kompaun kepada Kit Siang sebanyak RM1,000 sedangkang ramai lagi pemimpin DAP yang turut sama ‘berpelukan’ dengan ahli politik veteran itu.

Semalam, Kit Siang dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif Covid-19, sehari selepas mereka menghadiri kongres parti itu yang menyaksikan Ahli Parlimen Gelang Patah tersebut mengumumkan persaraan beliau dalam politik.

Ekoran tersebut, para pemimpin DAP dan ahli-ahli parti yang hadir mengambil peluang untuk bersalaman dan berpelukan dengan Kit Siang sebagai tanda penghormatan.

Pada 7 Mac lalu, pihak polis mengenakan kompaun sebanyak RM7,000 terhadap sekumpulan individu kerana berpelukan dalam AJL di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof yang dipetik oleh beberapa media berkata, perkara itu dikesan polis selepas gambar mengenainya dimuat naik sebuah portal berita.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan