24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

KSM dalam peringkat akhir kajian pelaksanaan gaji minimum

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Sumber Manusia sedang dalam peringkat akhir dalam membuat kajian berhubung pelaksanaan gaji minimum RM1,500.

Menternya, Datuk Seri M Saravanan berkata, gaji minimum RM1,500 mungkin dilaksanakan dalam tempoh sebulan atau dua bulan lagi.

Menurutnya, pelaksanaan gaji minimum itu mendapat sokongan penuh Jemaah Menteri yang berbincang mengenai tiga minggu berturut-turut.

“Saya cukup prihatin dan kerajaan berbincang perkara ini malah Jemaah Menteri bincang perkara ini tiga minggu berturut-turut dan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri bersetuju untuk kita menaikkan gaji minimum dengan kadar yang segera. Mungkin dalam masa sebulan atau dua bulan.

“Kita tahu (Yang Berhormat) Port Dickson pun pernah duduk dalam Jemaah Menteri. Apabila kita nak umumkan gaji minimum, saya perlu mendapatkan mandat Jemaah Menteri, maka masa terdekat itu dalam sebulan atau dua bulan, kita akan buat,” katanya.

Beliau ketika demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini, lapor BH Online.

Advertisements

Mengulas lanjut, Saravanan berkata, pihaknya tidak mahu terburu-buru memutuskan pelaksanaan gaji minimum yang dikhuatiri akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

Katanya, kajian itu membabitkan kelonggaran untuk diberikan kepada sektor tertentu dalam melaksanakan gaji minimum.

“Seperti mana saya sebutkan sebelum ini, kita di peringkat akhir di mana kita sedang mengkaji. Kita lihat dari segi pengangguran, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama adalah 5.3 peratus, sekarang turun kepada 4.2 peratus.

“Jadi, kita tidak mahu sebarang tindakan kerajaan menambah (kadar) pengangguran. Kita sedang kaji sektor mana yang boleh diberi sedikit kelonggaran.

“Apabila kita umum gaji minimum RM1,500 nanti, saya tidak mahu majikan mengambil kesempatan mengurangkan jumlah pekerja atas alasan perniagaan mereka merosot,” katanya.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan