24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 16, 2025

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia 28 Mac ini – PM

Membabitkan 8.6 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PEMBAYARAN Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) membabitkan 8.6 juta penerima mulai 28 Mac ini dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.

Menurut beliau, bantuan tersebut merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas iaitu sama ada bujang atau tiada pasangan dan 3.4 juta individu bujang.

“Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran secara berperingkat mulai 28 Mac dan pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan rakyat terutamanya dalam menyambut bulan Ramadan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Perdana Menteri lagi, bagi penerima membabitkan isi rumah, warga emas dan individu bujang, pembayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing mulai 28 Mac hingga 8 April ini.

Menurutnya, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank termasuk di Sabah dan Sarawak, bantuan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), 30 Mac ini.

Advertisements

“Pihak BSN akan mengeluarkan panduan SOP dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu menurut beliau, semakan status kelulusan BKM boleh dibuat mulai 28 Mac ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my bagi memastikan program BKM disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak.

“Tempoh permohonan rayuan akan dibuka mulai 2 Mei untuk tempoh sebulan.

“Proses ini adalah bagi mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan, dengan memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” kata beliau.

Menurutnya, kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semasa dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Era baharu hubungan Turkiye-Malaysia di bawah Anwar-Erdogan

PROF DATO SERI IR DR NOOR AZUAN ABU OSMAN LAWATAN Negara Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan ke Malaysia memperkukuh perkongsian...

Lagi Artikel Berkaitan