30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bayi maut di buaian: polis tunggu arahan pendakwaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menafikan tidak menjalankan siasatan telus terhadap kematian seorang bayi perempuan berusia 15 bulan yang dipercayai maut selepas tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, bulan lalu.

Sebaliknya, kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, kertas siasatan berhubung insiden itu juga sudah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan hanya menunggu arahan pendakwaan.

“Pihak polis tentunya sudah menjalankan siasatan menyeluruh yang mana kami turut mendapatkan bantuan forensik bagi siasatan yang lebih tepat.

“Kertas siasatan yang lengkap juga sudah dihantar kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya dan kami hanya menunggu arahan selanjutnya,” katanya, lapor Astro AWANI.

Beliau terdahulu mengulas dakwaan keluarga mangsa yang mendakwa bayi berkenaan dijerut dan bukannya terjerut.

Menerusi hantaran di Facebook bapa mangsa turut menyatakan ketidakpuasan hati susulan kes berkenaan belum dituduh di mahkamah sehingga hari ini.

Mengulas lanjut Nanda berkata, sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan dibuat oleh keluarga mangsa.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi maut selepas kepalanya dipercayai tersangkut pada kain buaian di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Bandar Sri Sendayan, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa sebelum itu ditidurkan dalam buaian oleh pengasuh di dalam sebuah bilik, sebelum keluar bagi melakukan tugas-tugas lain selama kira-kira sejam.

Mangsa dimasukkan ke dalam buaian di sebuah bilik bersama dua lagi kanak-kanak lain sebelum pengasuh mendapati leher serta kepala bayi malang itu terkeluar dan tergantung pada kain buaian.

Pengasuh cuba melakukan bantuan kecemasan pernafasan (CPR) tetapi mangsa gagal bernafas dan dia terus bertindak membawa bayi itu ke Klinik Kesihatan Sendayan.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan