30.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

MAFI jamin bekalan ayam cukup pada Ramadan, Aidilfitri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAFI jamin bekalan ayam cukup pada Ramadan, AidilfitriBEKALAN ayam bersih, termasuk sejuk beku yang diimport dari Thailand dan China mencukupi untuk kegunaan pada Ramadan dan Aidilfitri kelak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata, meskipun negara berdepan masalah kekurangan bekalan, namun kementerian itu yakin ia dapat dikawal menerusi 16 syarikat yang diberikan permit import (AP) bagi mendapatkan ayam bulat dan keratan dari negara terbabit.

“Dua negara terbabit pada ketika ini sedang menghadapi kekurangan bekalan menyebabkan syarikat yang diberikan AP itu hanya memperoleh separuh daripada 10,000 metrik tan yang diluluskan kerajaan.

“Sebab itu kerajaan membuat keputusan melanjutkan tempoh AP sehingga Jun depan bagi membolehkan kekurangan bekalan ayam dapat diatasi di negara ini,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau dalam Parlimen Jasin seperti dilaporkan BH Online di Dewan Alamanda, Jasin, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ghazale Muhamad.

Media sebelum ini melaporkan, isu kekurangan bekalan ayam dalam pasaran dikesan bermula sejak Oktober tahun lalu apabila pengeluaran ayam daripada ladang tempatan tidak mencapai kadar keperluan negara.

Advertisements

Purata keperluan ayam di negara ini adalah 2.09 juta ayam sehari atau 62.9 juta ayam sebulan.

Bagaimanapun, data Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menunjukkan jumlah pengeluaran ayam bagi tempoh tiga bulan terakhir tahun lalu tidak mencapai jumlah purata keperluan ayam di negara ini.

Sementara itu, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Jasin berkata, MAFI turut prihatin dengan masalah peningkatan kos operasi yang semakin meningkat terutama kenaikan harga dedak ayam ketika ini.

“Justeru, kerajaan bersetuju memberi subsidi RM528 juta meliputi 60 sen sekilogram bagi ayam hidup dan ayam bulat, manakala lima sen bagi sebiji telur ayam tanpa mengira kategori.

“Saya harap menerusi subsidi berkenaan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung penternak ketika ini,” katanya.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan