25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Banjir kilat: Dua PPS dibuka babitkan lebih 200 mangsa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DUA buah pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di Kelab Sultan Sulaiman dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Saraswathy bagi menempatkan mangsa banjir kilat di ibu negara petang tadi.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, setakat pukul 7 malam ini, PPS di Kelab Sultan Sulaiman menempatkan penduduk Kampung Periuk, Kampung Baru.

Menurut kenyataan itu, mengikut angka tidak rasmi, jumlah mangsa banjir dipindahkan setakat pukul 6 petang adalah seramai 74 orang.

“Hujan lebat berterusan di Kuala Lumpur sejak kira-kira pukul 3.00 petang menyebabkan beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air.

“Sebanyak 21 kawasan dilaporkan terjejas akibat banjir kilat menyebabkan beberapa laluan jalan raya tidak dapat dilalui kenderaan,” katanya menerufi Facebook hari ini.

Sebahagian mangsa banjir kilat ibu negara dipindahkan ke PPS Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur. – Sumber: Twitter Datuk Latiff Ahmad.

Sementara itu, satu lagi PPS turut dibuka di SJK (T) Saraswathy dan sehingga lewat petang ini, seramai 140 keluarga ditempatkan di sini.

“Bancian masih dijalankan,” kongsinya dengan menggunakan sumber Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, banjir kilat berlaku susulan hujan lebat sejak pukul 3 petang dengan taburan hujan 100 milimeter (mm) sejam.

Menurutnya, empat pam air telah digunakan untuk mengepam air banjir kilat di Kampung Pasir.

“Bagi jalan (laluan) dinaiki banjir kilat pula, kaedah mengepam air telah digunakan. Bagaimanapun air banjir turut membawa sampah dan tenaga manusia digunakan untuk menjolok (sampah) supaya air berjalan lancar,” katanya kepada Buletin Utama TV3.

Menurut beliau, pihaknya menjangkakan jumlah mangsa banjir kilat yang bermalam di PPS bertambah memandangkan proses pendaftaran masih lagi berjalan.

Sementara itu, kira-kira 40 murid bersama guru sekolah Taska Ruscanee JKR di Jalan Cheras, Kuala Lumpur berdepan detik cemas apabila sekolah mereka dinaiki air ketika banjir kilat melanda ibu negara petang tadi.

Lebih membimbangkan apabila tebing bangunan sekolah itu juga runtuh akibat dibawa arus banjir.

Bagaimanapun, mereka menarik nafas lega apabila sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat tiba untuk membawa mereka keluar daripada sekolah tersebut.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan