27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Semakan tawaran ke MRSM Rabu ini – Mahdzir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CALON boleh membuat semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Empat sesi 2022, mulai Rabu ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan ketika permohonan.

“Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di www.mara.gov.my. dan makluman terkini berkenaan tawaran juga boleh didapati melalui media sosial MARA seperti Facebook, Twitter dan Instagram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mahdzir berkata, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal berkenaan dan sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.

“Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan yang sama bermula 9 hingga 16 Mac ini dan tidak perlu hadir secara fizikal,”katanya.

Advertisements

Beliau berkata, sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan dan sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman tawaran sehingga 31 Mei 2022, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Katanya, MARA kekal dengan dasar 60 peratus pengambilan pelajar daripada keluarga B40 selain keutamaan kepada calon luar bandar dan miskin bandar.

Mahdzir berkata, pada tahun ini MARA menerima 74,500 permohonan ke Tingkatan Satu dan Empat MRSM, dengan kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu seramai 7,949 orang dan Tingkatan Empat 1,930 orang.

MRSM menawarkan enam program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Bitara, MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM). – Bernama

Advertisements

Terkini

UM mohon maaf berhubung kenyataan penceramah pro-Israel

UNIVERSITI Malaya (UM) memohon maaf berhubung kenyataan kontroversi seorang penceramah jemputan pro-Israel yang menuduh tindakan ahli politik Malaysia menyokong...

Lagi Artikel Berkaitan