25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

38 ADUN BN serah SD sokong Hasni sebagai MB

Mesti Baca

SERAMAI 38 daripada 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) mengemukakan surat akuan (SD) kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menyokong pencalonan Datuk Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar.

FMT yang memetik sumber berkata, SD tersebut diserahkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika beliau mengadap Sultan Johor itu, semalam.

Surat akuan itu dibuat dengan harapan calon Menteri Besar daripada BN itu akan dilantik semula ke jawatan berkenaan sebagaimana dijanjikan kepada pengundi Johor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

“Zahid menyerahkan kepada Sultan Johor SD 38 daripada 40 ADUN UMNO-BN sebagai tanda sokongan untuk Hasni dilantik menjadi MB. Hanya satu ADUN tidak membuat SD menyokong Hasni.

“Hasni adalah calon tunggal BN. Akar umbi parti agak terkilan beliau belum dilantik lagi walaupun sudah tiga hari PRN berlalu. Kami janjikan kepada pengundi Hasni akan menjadi MB, jadi rakyat Johor mahu janji itu ditunaikan,” lapor FMT yang memetik sumber sebagai berkata.

BN yang memenangi PRN Johor Sabtu lalu dengan majoriti dua pertiga namun sehingga kini siapa yang bakal dilantik sebagai Menteri Besar masih menjadi tanda tanya.

Advertisements

Walaupun sejak awal Hasni telah diwar-warkan untuk mempertahankan jawatan itu yang disandang sejak Februari 2020, namun desas-desus menyebut ADUN Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi disebut-sebut bakal mengisi jawatan tersebut.

Susulan itu, Hasni mengeluarkan kenyataan menyatakan beliau akur bahawa Johor perlu dipimpin oleh orang muda demi memastikan kesejahteraan negeri itu.

Sehingga kini, pihak istana Johor belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pelantikan Menteri Besar baharu atau majlis angkat sumpah jawatan.

“Apapun adalah diharapkan isu pelantikan MB ini ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan mengambil kira sentimen semua pihak, terutama sekali pengundi Johor yang diyakinkan untuk memberi mandat besar kepada UMNO.

“Keyakinan pengundi terhadap UMNO-BN merentasi kaum dan diberikan atas beberapa faktor termasuk ‘janji’ bahawa Hasni ditampilkan sebagai satu-satunya calon BN untuk jawatan MB,” kata sumber itu.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan