27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PM ingatkan elak berlaku ‘perang saudara’ semasa berjuang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan bahawa dalam sesebuah perjuangan perlulah dielakkan berlaku ‘perang saudara’ sebaliknya sentiasa bersatu hati.

Ini kerana, menurut Naib Presiden UMNO itu, fokus utama dalam perjuangan hanyalah mencapai kemenangan.

Sehubungan itu, beliau yang juga Perdana Menteri menggesa jentera Barisan Nasional (BN) perlu sentiasa bersedia dan terus diperkemaskan bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti.

“Jentera kita sentiasa bersedia dan terus diperkemaskan untuk memastikan kemenangan demi kestabilan rakyat dan negeri Johor.

“Paling penting ialah kita tidak berpecah. Dalam sesebuah perjuangan, elakkanlah perang saudara,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Advertisements

Ismail Sabri berkata demikian selepas bertemu jentera BN bagi Parlimen Muar di Dewan Tun Sulaiman, Bangunan UMNO Muar hari ini.

Pada masa yang sama Perdana Menteri turut mengingatkan bahawa dalam PRN Johor itu, beliau membawa semangat Keluarga Malaysia.

“Saya membawa semangat Keluarga Malaysia pada pilihan raya ini dan ia bukanlah semangat baru, tetapi semangat BN yang hampir sama dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Ayuh kita bersama-sama dalam memastikan kemenangan BN demi rakyat dan semua bangsa yang kita cintai,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan