24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

ATM sedia gerak khidmat kesihatan jika COVID-19 naik mendadak

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan mengaktifkan Zon Pengurusan Bencana (DMZ) di semua Hospital Angkatan Tentera (HAT) seluruh negara pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

Memetik laporan Bernama, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatannya, Lt Jen Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh, berkata kesiapsiagaan itu telah lama dilakukan dan ditambah baik, terutama ketika peningkatan kes COVID-19 secara mendadak pada masa ini.

Bagaimanapun, katanya, situasi kini dikendalikan dengan lebih baik berbanding ketika awal pandemik berikutan vaksinasi COVID-19 dalam kalangan rakyat semakin tinggi serta pengambilan suntikan dos penggalak.

“Kita memang sudah aktifkan DMZ, namun apabila kes reda, pasukan DMZ kembali berfungsi kepada rutin biasa. Bagaimanapun, kita akan aktifkan pada bila-bila masa kerana semuanya sudah bersiap siaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi lawatan delegasi Bilateral Training and Consultative Group (BITAGG) yang melibatkan ATM dan United State Indo-Pasific Command (USIDOPACOM) di Melaka.

Advertisements

Mengenai kesiapsiagaan pasukan perubatan ATM bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM), katanya, jika peningkatan kes COVID-19 terlalu mendadak sehingga mengakibatkan kemasukan pesakit ke hospital, terutama unit rawatan rapi (ICU) semakin tinggi, Perkhidmatan Kesihatan ATM (PKATM) akan diaturgerakkan bagi memberi sokongan.

“Sekiranya berlaku peningkatan kes, sudah tentu ATM melalui Perkhidmatan Kesihatan akan diaturgerakkan dan pada peringkat awal lagi, kita sudah dimaklumkan kemungkinan besar berlaku peningkatan kes yang akan menjejaskan atau menyebabkan kekurangan dalam perkhidmatan kesihatan awam,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini, semua Hospital Medan ATM ditutup dengan tempoh operasi paling panjang membabitkan hospital terbabit adalah di Kepala Batas, Pulau Pinang dengan lebih 200 hari.

“Memandangkan kes semakin menurun dan keperluan pesakit di ICU juga berkurang, pasukan kembali menjalani latihan seperti biasa di penempatan masing-masing,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan