31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

7 rakyat Malaysia terkandas, dibenar masuk Filipina

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TUJUH rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino akibat kelayakan vaksin COVID-19 digital mereka tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina sudah dibenarkan memasuki republik itu.

Perkhabaran baik itu, disampaikan Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi ciapan di Twitter hari ini.

“Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembassymanila.”

Terdahulu, laporan menyatakan 13 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang berkenaan, bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan jumlah sebenar ialah tujuh orang dan bukan seperti dilaporkan.

Mereka tidak dibenarkan masuk ke republik itu dan dimaklumkan bahawa sijil vaksin digital Malaysia dalam aplikasi MySejahtera bukanlah bukti vaksinasi yang boleh diterima.

Pengembara berkenaan memaklumkan kepada media Malaysia bahawa pasport mereka turut dirampas dan akan dihantar pulang pada Selasa, selain terpaksa menunggu di lapangan terbang kerana tiada kemudahan hotel disediakan.

Laporan itu juga menyatakan Duta Malaysia ke Filipina telah bertemu pengembara berkenaan di lapangan terbang dan mengemukakan rayuan timbal balik vaksinasi, namun belum menerima maklum balas daripada pihak berkuasa Filipina.

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan