30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Dua beradik maut dalam kemalangan, seorang cedera

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA beradik maut manakala seorang cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Bernam-Tanjong Karang, dekat Sabak Bernam petang tadi.

Mereka yang maut dikenali Sha Sabarina Marsom, 27, dan adiknya, Norhidayah, 20, manakala yang cedera adalah Tan Sun Tiam, 55.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 5.02 petang.

“Seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Karang telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, semasa kejadian dua beradik tersebut menaiki kereta jenis Toyota Camry dan seorang lagi mangsa di dalam kereta jenis Mercedes.

“Pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dengan salah seorang adik beradik itu meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala seorang lagi di Hospital Tanjong Karang dan kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya menerusi kenyataan hari ini. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan