25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Surau As Sobirin SBCR hulur bantuan kepada mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SURAU As Sobirin, Sungai Buloh Country Resort (SBCR), Saujana Utama, Selangor mengadakan misi bantuan pasca banjir kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Limau Kasturi, Gua Musang, Kelantan dan Kampung Baru HICOM, Selangor, baru-baru ini.

Kira-kira 20 sukarelawan yang terdiri daripada ahli kariah surau tersebut telah menyertai misi tersebut dengan diketuai oleh Pengarah Misi Bantuan Banjir Surau As Sobirin Datuk Kamal Malik serta Pengerusi Surau Fakhrudin Husain.

Menurut Kamal, pelbagai barangan keperluan asas seperti makanan, pakaian, peralatan dapur, kitab al-Quran, sejadah dan telekung solat serta bantuan wang tunai diagih-agihkan kepada kira-kira 30 keluarga yang terkesan teruk di dua buah kampung iaitu Kampung Serian Batu 11 dan Kampung Limau Kasturi.

Beliau berkata, sumbangan tersebut adalah hasil derma orang ramai kepada Tabung Mangsa Banjir Surau As Sobirin yang diaktifkan setiap kali tiba musim banjir.

Pengarah Misi Bantuan Banjir Surau As Sobirin SBCR, Datuk Kamal Malik menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada mangsa banjir di Kampung Serian Batu 11, Gua Musang, Kelantan.

“Beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Global Peace Malaysia turut menyumbang kotak-kotak makanan untuk diberikan kepada penduduk di dua buah kampung yang terletak di pedalaman Gua Musang itu.

Advertisements

“Keadaan di kampung tersebut sungguh menyayat hati, sebahagian besar rumah rosak teruk menyebabkan majoriti penduduk kampung kehilangan harta benda manakala jalan utama yang menghubungkan mereka dengan dunia luar juga hampir terputus,” katanya.

Sementara itu Fakhrudin berkata, sukarelawan Surau As Sobirin turut menyumbang kira-kira 300 pek makanan segar kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Baru HICOM yang teruk dilanda banjir.

Menurut beliau, misi bantuan pasca banjir ini akan diteruskan ke beberapa lagi kawasan yang telah dikenal pasti minggu depan.

Orang ramai yang berhasrat menyumbang boleh menghulurkan sumbangan kepada Tabung Bantuan Khas Banjir Surau As Sobirin Bank Islam 12168010016979. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan