25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Sultan Selangor titah hukuman lebih tegas banteras rasuah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar kerajaan mengenakan hukuman lebih tegas bagi membanteras gejala rasuah.

Titah baginda, pemerintah perlu lebih fokus kepada langkah pencegahan sebelum berlakunya kes jenayah tersebut.

“Allah menceritakan dalam al-Quran bahawa ada seorang alim mengakui kebenaran Muhammad SAW namun syaitan menggoda sehingga tergelincir dari agama benar kerana rakus mengikut hawa nafsu, kekuasaan dan kekayaan,” titah baginda yang dimuat naik dalam Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Baginda mengulas kandungan khutbah Jumaat negeri itu semalam yang menyentuh tentang bahaya rasuah.

Sehubungan itu, Sultan Selangor menyeru umat Islam agar memahami dan menghayati intipati khutbah Jumaat yang dibacakan khatib di masjid-masjid seluruh negeri ini semalam.

Memetik intipati khutbah itu, baginda bertitah, rasuah amat berbahaya dan boleh membawa bala besar.

Titah baginda, selain memudaratkan masyarakat, orang Islam, gejala rasuah juga boleh meletakkan pengurusan serta pentadbiran menjadi tidak stabil.

“Rasuah berlaku dalam semua urusan termasuk kehakiman, tanah, percukaian, zakat malah perkara yang melibatkan agama dan orang agama.

“Oleh itu, Allah mengharamkan rasuah dan melaknat pelakunya. Seseorang tidak boleh memberi rasuah dan seseorang pegawai juga tidak mengambilnya bahkan wajib berjaga-jaga darinya,” titah baginda.

Baginda bertitah, amalan rasuah turut melibatkan orang agama biarpun mengetahui hukumnya haram dan berdosa besar.

“Namun, habuan dunia itu mengasyikkan dan menghilangkan sikap amanah, jujur dan keikhlasan yang tertanam dalam sanubari.

“Orang yang diharap dapat menjaga maruah diri dan agama bahkan sentiasa menyeru masyarakat dalam melakukan kebaikan boleh hanyut dan melanggar larangan Allah SWT,” katanya. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan