26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

SOP ibadah umrah akan diperhalusi – Ahmad Marzuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PROESEDUR operasi standard (SOP) bagi memastikan jemaah umrah yang akan berlepas sudah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 akan diperhalusi terlebih dahulu oleh kerajaan.

Ini kerana, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary bagi memastikan insiden jemaah yang tidak menerima vaksin atau penipuan sijil vaksin COVID-19 seperti mana yang berlaku baru-baru ini, tidak berulang.

“Saya difahamkan, pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah memanggil pengusaha umrah untuk berbincang bagi memastikan insiden sama tidak berulang.

“Sebelum ini kerajaan terpaksa menangguhkan perjalanan umrah selama sebulan bagi menyelesaikan perkara berbangkit berkaitan peningkatan mendadak varian Omicron dalam kalangan jemaah umrah yang kembali dari Arab Saudi,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan limau mandarin sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kampung Pulau Belanga, Pengkalan Chepa Kelantan hari ini.

Baca juga:   Kes COVID-19 di Sabah naik sebab tidak patuh SOP - Masidi

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, setiap individu yang ingin mengerjakan umrah sepatutnya bersikap jujur kerana ibadah umrah bukanlah untuk melancong semata-mata.

“Mengerjakan umrah bukanlah sekadar untuk mendapat gelaran semata-mata tetapi keredaan Allah SWT dan tidak mahu terpalit dengan unsur penipuan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Kabinet memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari ini.

Baca juga:   Kes COVID-19 di Sabah naik sebab tidak patuh SOP - Masidi

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron.

Bagaimanapun beliau berkata, garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu susulan penarikan semula penangguhan itu akan dibincangkan secara terperinci termasuk bersama agensi umrah.-Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan