25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Brek rosak punca lori rempuh enam kenderaan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ENAM buah kenderaan dirempuh sebuah lori dalam kejadian berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur semalam.

Kejadian tersebut sempat dirakam penduduk berhampiran sebelum tular di Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya menjalankan siasatan selepas menerima video tular berkaitan kejadian kira-kira jam 4.20 petang.

“Siasatan mendapati kemalangan kira-kira jam 1.30 petang itu berlaku semasa sebuah lori yang membawa muatan tanah dari arah tapak pembinaan berhampiran Kondominium Pantai Hill Park.

“Ketika melalui Jalan Kerinchi berhampiran lampu isyarat pejalan kaki, sistem brek lori berkenaan dipercayai gagal berfungsi lalu melanggar kenderaan yang sedang diparkir di bahu kiri jalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pelanggaran itu mengakibatkan kenderaan terbabit menggelongsor serta melanggar kenderaan lain.

“Siasatan turut mendapati lori tersebut juga telah melanggar tiga kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Advertisements

“Bagaimanapun, semua pemandu kenderaan terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, pemandu lori berusia 49 tahun itu ditahan selepas kejadian dan menjalani ujian pernafasan alkohol (EBA).

“Hasil dari ujian mendapati pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan keputusannya negatif,” katanya.

Ujar beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau mana- mana balai polis berhampiran,” katanya.

Semalam, tular sebuah video di Facebook memaparkan sebuah lori membawa muatan tanah merempuh enam kenderaan dalam kejadian di berhampiran Kondominium Pantai Hill Park, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan