24 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 10, 2022

Lantikan KP SPRM melalui proses tapisan keselamatan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELANTIKAN Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta SPRM 2009, termasuklah tapisan keselamatan yang dilakukan pelbagai agensi.

Datuk Dr. Marzuki Mohamad yang juga bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, di bawah seksyen berkenaan, Ketua Pesuruhjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

“Perdana Menteri pula seperti dalam pelantikan pegawai tinggi kerajaan yang lain, biasanya menerima syor daripada Ketua Setiausaha Negara atau mana-mana pihak yang diperuntukkan di bawah undang-undang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Marzuki berkata, syor berkenaan diangkat kepada Perdana Menteri dalam bentuk kertas cadangan pelantikan pegawai, iaitu di dalamnya terdapat laporan mengenai kelayakan pegawai dan justifikasi pelantikan.

“Terdapat proses tertentu dalam perkhidmatan awam yang menentukan kelayakan seseorang pegawai untuk dilantik ke mana-mana jawatan. Ia termasuk proses tapisan keselamatan dan keutuhan dibuat oleh pelbagai agensi dari semasa ke semasa.

Baca juga:   FELCRA agih keuntungan RM3.02 juta kepada peserta di Miri

“Bagi pegawai yang sedang berkhidmat pula, mereka tertakluk kepada pelbagai peraturan dan syarat termasuk pengisytiharan harta,” jelasnya.

Beliau memuat naik hantaran berkenaan bagi mengulas kenyataan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia), Datuk Seri Azalina Othman Said, yang bertanya sama ada Muhyiddin membuat semakan latar belakang Azam sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Baca juga:   Bintara Kanan Maritim didakwa atas 80 tuduhan terima suapan

Azam kini berhadapan isu pemilikan saham dan menimbulkan pandangan negatif bukan hanya buat dirinya bahkan terhadap suruhanjaya berkenaan.

Dalam pada itu, Marzuki menegaskan, terdapat borang tertentu yang perlu diisi serta kaedah tertentu perlu dipatuhi oleh seorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mengisytiharkan harta masing-masing.

“Azam adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya dan saya percaya sebagai pegawai tinggi kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan, beliau tertakluk kepada semua syarat dan proses ini sebelum dan selepas pelantikan dibuat.

“Saya percaya sebagai pegawai tinggi kerajaan yang sedang dalam perkhidmatan, beliau tertakluk kepada semua syarat dan proses ini sebelum dan selepas pelantikan dibuat.

“Jadi tidak timbul soal sama ada Perdana Menteri Kelapan membuat semakan latar belakang pegawai sebelum pelantikan dibuat. Proses pelantikan dibuat secara teratur mengikut peraturan dan kaedah yang ditetapkan,”kata beliau.

Menurutnya, sebarang isu yang timbul selepas itu hendaklah ditangani menurut peruntukan undang-undang dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Baca juga:   12 aktivis terlibat perhimpunan #TangkapAzamBaki dikenal pasti

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Ahmad Maslan, Steven Sim antara 27 dilantik Timbalan Menteri

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ahli Parlimen...

Lagi Artikel Berkaitan