24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Doktor keluarkan sijil vaksinasi palsu diberkas di Terengganu

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG doktor diberkas polis kerana disyaki menjalankan kegiatan mengeluarkan sijil vaksinasi palsu kepada pelanggan-pelanggannya dalam satu serbuan di sebuah klinik swasta di Marang, Terengganu pada 8 Januari lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, doktor lelaki berusia 51 tahun itu ditahan dalam operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKJK).

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat diterima mengenai kegiatan penipuan disyaki membabitkan pengeluaran sijil vaksin kepada golongan yang tidak mahu disuntik atau antivaksin.

“Suspek disyaki melakukan urusan itu secara dalam talian sejak September lalu, dengan setiap sijil dikata dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM600.

“Setakat ini, ada kira-kira 1,900 individu dipercayai mendapatkan sijil itu dan kita sedang menyiasat sama ada kesemuanya tulen atau sebaliknya,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Dalam pada itu, Rohaimi memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang mengeluarkan Sijil Vaksinasi palsu kepada pelanggan demi mengaut keuntungan agar menghentikan tindakan yang melanggar etika tersebut.

Advertisements

“PDRM Terengganu akan meneruskan operasi memburu pihak-pihak yang menjalankan aktiviti jenayah ini di negeri ini dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT).

Menurutnya, dalam pembongkaran berkenaan, kegiatan tersebut dipercayai dilakukan secara atas talian dan ada di antara pelanggan suspek berasal dari luar Terengganu.

“Sebahagian besar pelanggan dipercayai merupakan golongan yang menolak pengambilan vaksin, tetapi memerlukan sijil vaksinasi atas keperluan pergerakan merentas negeri dan sebagainya.

“Pihak PDRM bukan hanya melihat dari segi kes penipuan atau pemalsuan sijil semata-mata, tetapi tindakan tersebut juga boleh membawa bencana kepada masyarakat melalui risiko rantaian jangkitan kerana tiada perlindungan vaksin terhadap Covid-19.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti seperti ini di negeri ini adalah diseru supaya menyalurkan maklumat kepada pihak PDRM Terengganu supaya tindakan lanjut dapat diambil demi kesejahteraan semua,” tegasnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan