25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Jari kaki kanak-kanak tersepit pada eskalator

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak perempuan berdepan detik cemas apabila dua jari kaki kirinya tersepit pada eskalator.

Kejadian berlaku di sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan pada pukul 12.30 tengah hari semalam membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali, berkata kejadian berlaku ketika kanak-kanak terbabit dan kedua ibu bapanya itu dari aras bawah menaiki eskalator untuk ke tingkat satu.

“Secara tiba-tiba, kaki kiri mangsa tersepit pada eskalator menyebabkan berlaku kecederaan pada jari kaki kiri.

“Mangsa dibantu beberapa pengunjung yang kebetulan berada di lokasi untuk mengeluarkan bahagian yang tersepit,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di jari kelingking dan tengah telahpun dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Terdahulu, tular video berdurasi 24 saat memaparkan kejadian seorang kanak-kanak perempuan tersepit kaki pada eskalator dan dibantu beberapa pengunjung.

Bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan selepas bahagian kaki telah dikeluarkan.-Edisi 9

Terkini

Malaysia, UNDP perbaharui kerjasama sehingga 2025

PARLIMEN Malaysia dan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) bersetuju memperbaharui kerjasama merangkumi sistem Jawatankuasa Pilihan Khas di Dewan...

Lagi Artikel Berkaitan