28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Indeks harga pengguna meningkat, kadar inflasi turut meningkat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

INDEKS Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi di Malaysia meningkat 3.2 peratus pada bulan terakhir tahun lalu, sekali gus menjadikan kadar inflasi tahunan bagi 2021 mencecah 2.5 peratus.

Kenaikan bagi Disember 2021 itu melepasi purata inflasi bagi tempoh 2011 hingga 2021 iaitu 1.9 peratus, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan IHP Disember 2021 yang dikeluarkan hari ini.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata selain daripada peningkatan kumpulan makanan & minuman bukan alkohol (3.2 peratus) dan kumpulan pengangkutan (9.5 peratus),

Kadar inflasi 3.2 peratus pada Disember 2021 adalah didorong oleh kenaikan harga kumpulan perumahan, air, elektrik, gas & bahan api lain (3.4 peratus); hiasan, perkakasan & penyelenggaraan isi rumah (2.7 peratus) serta restoran & hotel (1.3 peratus).

“Makanan & minuman bukan alkohol yang menyumbang 29.5 peratus kepada perbelanjaan isi rumah meningkat sebanyak 3.2 peratus pada Disember 2021, di mana kedua-dua indeks harga makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing meningkat 4.1 peratus dan 2.2 peratus,” katanya.

Mohd Uzir berkata, hujan lebat yang berlaku di beberapa negeri seperti di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor sepanjang Disember 2021, susulan peralihan monsun timur laut mendorong kenaikan harga makanan terutama sayur-sayuran dan ikan & makanan laut.

Baca juga:   Keadaan inflasi masih terkawal - Tengku Zafrul
Baca juga:   Keadaan inflasi masih terkawal - Tengku Zafrul

Katanya, kenaikan adalah disebabkan oleh kesan langsung daripada kekurangan bekalan berikutan faktor cuaca ini, manakala hujan lebat yang berterusan mengakibatkan bencana banjir serta tanah runtuh yang terjadi di negeri pengeluar sayur seperti Pahang, turut menyumbang kepada kenaikan harga dan secara langsung menyumbang kepada kenaikan inflasi negara.

“Bagaimanapun, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang diumumkan oleh kerajaan sepanjang 7 hingga 31 Disember 2021 meredakan inflasi kumpulan ini,” katanya.

Beliau menambah, peningkatan indeks harga kumpulan pengangkutan yang lebih perlahan berbanding November 2021 (12.7 peratus) adalah disebabkan oleh harga Petrol Tanpa Plumbum RON95 pada Disember 2020 naik kepada RM1.74 seliter, sekali gus mengecilkan perbezaan antara harga siling Petrol Tanpa Plumbum RON95 yang ditetapkan oleh kerajaan pada Mac 2021 (RM2.05).

“Pada tahap tertentu, ia meredakan inflasi negara berbanding bulan sebelumnya,” katanya.

Mohd Uzir berkata, kesemua negeri menunjukkan peningkatan IHP dengan lapan negeri melepasi paras inflasi nasional 3.2 peratus.

“Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Terengganu (3.9 peratus)

manakala Sarawak (2.5 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.3 peratus) dan Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan (2.0 peratus) adalah tiga negeri yang mempunyai peningkatan IHP yang paling rendah,” katanya sambil menambah, inflasi bagi kumpulan pendapatan di bawah RM3,000 meningkat 3.2 peratus pada Disember 2021 berbanding Disember 2020.

Baca juga:   Wanita dicabul lelaki bermata juling

Beliau menegaskan, peningkatan inflasi bukan hanya berlaku di Malaysia, namun ia fenomena global yang turut dialami kebanyakan negara lain di seluruh dunia.

Baca juga:   Kadar inflasi di Malaysia paling rendah di dunia - Tengku Zafrul

“Kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada tujuh peratus pada Disember 2021, tertinggi sejak Jun 1982. Tenaga adalah penyumbang terbesar kepada kenaikan pada Disember 2021.

“Sementara itu, kadar inflasi di Zon Euro meningkat untuk bulan keenam berturut-turut kepada rekod tertinggi sebanyak lima peratus pada Disember 2021,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Isytihar BN musuh utama serlah ketidaksepakatan PN?

RAMAI yang agak terkejut dengan tindakan Muhyiddin Yassin mengumumkan secara terbuka bahawa Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan...

Lagi Artikel Berkaitan