30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tiga kluster pendidikan COVID-19 di Negeri Sembilan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU lagi kluster baharu membabitkan institusi pendidikan dikesan di Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak tiga kluster setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan, berkata, kluster terbaru itu ialah Kluster Bukit Chengkau Ulu di Rembau.

“Ia membabitkan sebuah sekolah tahfiz dengan 72 kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC), semalam.

“Pihak Kementerian Kesihatan masih menyiasat punca kluster berkenaan dan akan diumumkan kemudian.

“Satu lagi kluster yang diumumkan di negeri ini hari ini ialah Kluster Tembok Jelebu 2 membabitkan dua kes.

“Setakat semalam, terdapat 218 kes baharu positif COVID-19 yang telah dilaporkan di negeri ini,” katanya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah berkata, terdapat dua kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan semalam.

“Secara keseluruhannya terdapat 11 kluster (tempatan) yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan,” katanya.

Sebelum ini, dua kluster pendidikan dilaporkan di negeri ini iaitu Kluster Jalan Sikamat membabitkan Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Munawir dan Kluster Jalan Ban Aik 2 membabitkan Sekolah Menengah Agama Nilai, di sini.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan