24.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 2, 2023

KPLB anjur Program ‘Outreach’ Keusahawanan di Padang Terap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan menganjurkan Program Outreach Keusahawanan dan Pendidikan [email protected] Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Nika, Kedah pada 18 Disember ini.

Program tersebut merupakan platform untuk mempromosikan kemudahan serta insentif merangkumi pendidikan dan keusahawan serta lain-lain oleh KPLB serta agensi di bawahnya.

Ini termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), FELCRA Berhad dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Bagi usahawan luar bandar yang ingin memperluaskan jangkauan perniagaan, KPLB dan agensi turut menawarkan platform akses pasaran produk dan perkhidmatan usahawan luar bandar kepada pemborong, pengedar dan pembeli.

Selain turut meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran produk luar bandar serta meneroka peluang baharu.

Selain itu, servis motosikal percuma (sehingga 200 motosikal) turut diadakan oleh GIATMARA selain perkhidmatan gunting rambut dan solekan, dandanan dan hiasan kuku oleh GIATMARA dan KEMAS.

Baca juga:   LGM sangkal semua dakwaan Ahmad Nazlan berkaitan LGMPC

Bagi lepasan pelajar sekolah dan belia yang ingin menyambung pengajian, sesi penerangan dan pendaftaran oleh institusi di bawah agensi seperti UniKL, KPTM, IKM, GiatMARA, Kolej FELCRA, Kolej KEDA dan UCAM turut dibuka.

Program dibuka kepada orang ramai bermula jam 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Ayuh, rebutlah peluang yang disediakan oleh KPLB dan Agensi dalam mentrasformasikan masyarakat luar bandar selain menjadikan #LuarBandarSejahtera.

Baca juga:   KPLB lancar Pelan Strategik Pendigitalan 2021-2025

Jumpa Di Sana.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

EMRAZ sasar 12,000 jemaah menerusi pembiayaan umrah AmBank Islamic

EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ), sebuah agensi pelancongan dan pengendali umrah dan haji menyasarkan sebanyak 12,000 jemaah bakal menggunakan...

Lagi Artikel Berkaitan