25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM umum inisiatif tambahan bantu mangsa banjir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa inisiatif tambahan bagi meringankan beban rakyat dan perniagaan yang terkesan akibat bencana banjir.

Menurut Perdana Menteri, inisiatif yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan dan sektor perbankan itu mengambil kira kepayahan yang didepani Keluarga Malaysia.

Beliau berkata, antara inisiatif itu termasuk kemudahan penagguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Pembiayaan Kewangan Peribadi tanpa faedah sehingga RM5,000 oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir membeli peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana.

“Moratorium (rehat bayaran) enam bulan pertama ke atas pembayaran ansuran bulanan dan terbuka kepada mangsamangsa banjir di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ismail Sabri berkata, TEKUN Nasional pula mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.

Di bawah inisiatif ini, Perdana Menteri berkata, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk enam bulan bagi pinjaman sehingga RM10,000.

“Selain itu, Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah mengumumkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM200 juta yang disediakan untuk PMKS yang terjejas melalui Kemudahan Bantuan Bencana (DRF) 2022.

“BNM juga sedang berusaha untuk menambah peruntukan ke atas DRF 2022 yang diumumkan baru-baru ini, daripada RM200 juta kepada RM500 juta berdasarkan keperluan semasa,” katanya.

Ismail Sabri berkata, kesemua inisiatif tersebut adalah lanjutan daripada bantuan kerajaan yang telah saya umumkan sebelum ini termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 bagi setiap ketua isi rumah, bagi membantu meringankan beban Keluarga Malaysia yang terkesan akibat banjir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan