30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Perjanjian RAS akan dikaji semula, kata Ismail Sabri

Mesti Baca

KERAJAAN melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan melaksanakan rasionalisasi Perjanjian Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) termasuk mengkaji semula objektifnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rasionalisasi itu juga melibatkan implikasi kewangan yang terlibat, laluan dan kekerapan penerbangan RAS dan kadar tambang yang dikenakan.

Beliau berkata, pesawat yang diguna pakai dan mekanisme pemberian subsidi kepada pengguna perkhidmatan ini dari semasa ke semasa juga akan dilihat semula.

“Ini adalah sebagai salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kemudahan ini dapat dinikmati oleh penduduk di kawasan luar bandar pada tahap yang terbaik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap dalam majlis Perasmian Lapangan Terbang Baharu Mukah, Sarawak hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ismail Sabri berkata, MASwings telah mula menyediakan RAS di Sarawak dan Sabah melalui Perjanjian RAS yang ditandatangani pada 3 Julai 2008.

Bermula tahun 2019, satu perjanjian baharu iaitu Public Service Obligation for Rural Air Services Agreement (PSO for RAS) telah ditandatangani pada 4 Januari 2019 di antara kerajaan dengan syarikat penerbangan tersebut bagi meneruskan penyediaan perkhidmatan RAS sehingga tahun 2024.

“Berdasarkan Perjanjian PSO for RAS ini, MASwings menyediakan perkhidmatan bagi 40 laluan mulai di Sarawak dan Sabah dengan menggunakan pesawat ATR72 dan Twin Otter Viking,” kata beliau.

Bagi laluan Mukah sendiri, kata Perdana Menteri, MASwings menyediakan empat perkhidmatan penerbangan menggunakan pesawat Twin Otter iaitu laluan Kuching-Mukah dengan kekerapan 28 penerbangan seminggu.

Selain itu, penerbangan Miri-Mukah dengan kekerapan tujuh penerbangan seminggu, Sibu-Mukah (tiga penerbangan seminggu) dan Bintulu-Mukah sebanyak dua penerbangan seminggu. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan