30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Najib berjaya tangguhkan sabitan, hukuman

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

MAHKAMAH Rayuan membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan sabitan dan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta selepas menolak rayuannya untuk mengetepikan tujuh tuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Memetik laporan BH Online, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk V Sithambaram membantah permohonan Najib untuk menangguhkan sabitan dengan berhujah bahawa sabitan tidak boleh ditangguhkan.

Bagaimanapun, peguam Tan Sri Muhammad Shafee berhujah, Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah menyatakan bahawa perintah dan sabitan boleh dirayu, dengan itu boleh ditangguhkan.

Beliau berkata, jika anak guamnya tidak boleh menangguhkan sabitan, ia akan menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen.

Sementara itu, peguam Farhan Read berhujah, Najib tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah dan beliau tidak pernah melanggar syarat jaminan.

Advertisements

Katanya, ia adalah sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

“Perayu juga dibebani sebagai ahli parlimen, ketua UMNO Pekan. Kalau penangguhan tidak diberikan ia akan menyebabkan beliau terbatal kelayakan jawatan itu.

“Jika didapati tertuduh tidak boleh membayar denda RM210 juta, ini akan menyebabkan beliau boleh dipenjarakan.

“Jika hukuman penjara ditangguhkan dan tidak kepada hukuman denda, dan beliau gagal membayar denda, ia akan menyebabkan beliau akan dipenjarakan juga akhirnya,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tak dapat cukup pendidikan?

Oleh DR ABD RAZAK ZAKARIA LAPORAN Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran dan pendidikan di Malaysia baru-baru ini sedikit memberi kesan...

Lagi Artikel Berkaitan