30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Guru ditemukan meninggal dunia dalam pacuan empat roda

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG guru lelaki ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan semak di Kampung Daling, Padang Tengku, Lipis, Pahang, Khamis lalu.

Difahamkan, Tengku Suhaimi Tengku Yusoff, 54, ditemukan terbaring di dalam kenderaan itu.

Dalam penemuan berkenaan, tiada sebarang kesan kecederaan atau kesan darah serta tiada sebarang senjata dijumpai dalam kereta atau di kawasan berhampiran.

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor, susulan maklumat awam, anggota polis dari Balai Polis Padang Tengku ke tempat kejadian untuk pemeriksaan.

“Mayat lelaki itu dibawa keluar dari kawasan itu pada 8.15 malam hari sama,” katanya melalui kenyataan media, hari ini.

Azli berkata, siasatan mendapati, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indra Petra, Gua Musang.

Menurutnya, bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung, dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Jenazah mangsa sudah dituntut oleh isterinya untuk dikebumikan semalam,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan