24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

J/kuasa khas peringkat menteri ditubuh siasat kematian Adib

Turut dianggotai oleh Menteri Dalam Negeri serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta pakar-pakar kehakiman dan jenayah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JAWATANKUASA Khas Siasatan Kes Kematian Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim ditubuh bagi memastikan siasatan menyeluruh, telus dan pembelaan sewajarnya dapat dibuat terhadap kes kematian anggota bomba tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa tersebut dan turut dibarisi dua lagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

“Selain itu, keahlian lain melibatkan Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Kamardin Hashim; Pakar Perunding Kanan Patologi Forensik Kolej Perubatan Pulau Pinang, Datuk Dr. Bhupinder Singh Jeswant Singh dan Profesor Ulung Fakulti Perubatan Universiti Malaya yang juga Pakar Perunding Kanan Histopathologist Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor Datuk Dr. Looi Lai Meng.

“Lain-lain terdiri, bekas Profesor Madya Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Dr. Sundramoorthy M. Pathmanathan yang juga pengamal undang-undang serta kaji jenayah; Ketua Penolong Pengarah (D10) Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Senior Asisten Komisioner Azari Abd. Rahman dan Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan PDRM, Senior Asisten Komisioner Mohammad Abd. Hamid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri akan menjadi urus setia bersama Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi jawatankuasa khas ini.

“Memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan jawatankuasa khas ini termasuk terma rujukan, keanggotaan dan implikasi kewangan akan dibentangkan untuk pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri dalam masa terdekat.

“Jawatankuasa ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Mesyuarat Jemaah Menteri dalam tempoh 6 bulan sebagaimana keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, penubuhan jawatankuasa khas ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan kes kematian Allahyarham Adib, 24, yang juga anggota unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, mendapat keadilan dan sekali gus pelaku kematian Adib dihadapkan ke muka pengadilan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan